Sabtu, 18 Juni 2016

Profil Pemeran Upin & ipin


Hai Akhwati dan Ikhwani,,,
kembali lagi bersama saya bercerita tentang Upin dan Ipin. Bukan hanya Sejarah tentang Upin dan Ipin saja, tetapi ada pun peran-peran atau Tokoh-tokoh di dalam film Upin dan Ipin.Baik laa kalau begitu, disini saya akan memeperkenalkan peran-peran atau Tokoh-tokoh dalam film Upun dan Ipin yaitu :
Keluarga Upin dan Ipin
Kak Ros
   
Kak Ros  ialah kakak sulung kepada Upin dan Ipin. Dari luaran dia nampak garang tetapi sebenarnya dia seorang kakak yang pengasih. Dia suka mengambil kesempatan untuk mempermainkan adik-adiknya.

Opah
 
Nenek (lebih dipanggil sebagai Opah) kepada Upin, Ipin dan Ros. Dia berhati murni dan lebih berlemah-lembut kepada Upin dan Ipin berbanding Ros. Dia adalah bijaksana mengenai hal-ehwal duniawi dan keagamaan.

Kawan - Kawan Upin & Ipin
Eshan
 
Eshan bin Azzarudin  ialah kawan akrab Fizi yang tinggal bersebelahan sahaja. Dia juga menyandang jawatan "ketua kelas" dalam bilik darjah Upin dan Ipin di tadika, Ehsan, merupakan ketua kelas yang sering menjadi pengadil dalam sebuah permainan.  dengan beralaskan pada pakaian sekolahnya sebagai bukti. Meskipun suka menyepi, cemerkap dan cerewet pasal gaya, dia tetap seorang kawan setia. Fizi gemar mengejeknya dengan gelaran "Intan Payung" kerana bapak Eshan memanggilnya begitu dan di rumah Eshan dihormati seperti Intan Payung 
Jarjit Singh
                    Jarjit ialah seorang kanak-kanak lelaki berketurunan India Punjabi. Meskpiun sebaya usianya dengan rakan-rakan sekelas yang lain tetapi suaranya garau seolah-olah dewasa. Jarjit pula, kanak-kanak Sikh yang sangat periang. Jarjit juga dikenali kerana kepandaian berjenaka dan berpantun, khususnya pantun dua baris yang bermula dengan "Dua tiga". Ketika diperkenalkan dulu, Jarjit seolah-olah disisihkan ketika  menyertai permainan orang lain, tetapi lama-kelamaan rakan-rakannya membiasakan diri dengan gelagat Jarjit ketika bermain.


Fizi
  Fizi, adalah seorang jiran kepada Upin dan Ipin. Dia bersifat penuh keyakinan dan amat dimanjakan ibu bapaknya. Fizi, merupakan sepupu Ehsan yang sering menjadi mangsa keadaan. Kadang-kala dia kelihatan suka bercakap besar dan mengejek, terutamanya memanggil Ehsan dengan jolokan "Intan Payung". Sesekali Fizi didapati menunjukkan sikap mengecut, tetapi sebenarnya baik hati dan mesra orangnya.


Mail
 
Mail adalah yang paling rajin di kalangan kawan-kawan Upin dan Ipin, bukan sahaja di sekolah, bahkan juga gigih mencari rezeki dengan membantu ibunya di gerai ayam goreng.  Mail, suka berniaga dan sering ditonjolkan sebagai mempunyai ciri-ciri ahli perniagaan yang berjaya. Mail sentiasa cuba untuk menjual apa saja yang boleh mendatangkan keuntungan dengan laungan “dua, seringgit”; Adakalanya dia juga melibatkan diri dalam gelagat nakal adik beradik kembar ini tetapi gopoh-gapah dan sukar memberi tumpuan. Mail diperkenalkan dalam siri Setahun Kemudian, ketika dia sukar hendak menunaikan puasa walaupun sudah cukup umur, tetapi dia juga membantu ibunya menjual makanan di Pasar Ramadan.


Dzul
 

 
Dzul ialah orang rakan sekelas Upin dan Ipin yang tidak jarang "menterjemah" Ijat karena Ijat hanya pandai menggunakan bahasa Isyarat & Bahasa Bulu - Bulu

Ijat
Ijat Pandai menggunakan bahasa Isyarat & Bahasa Bulu- Bulu tetapi Ijat tidak boleh membaca dan berbicara. Tetapi setelah Cikgu Jasmin mengajarinya Ijat semakin pandai berbicara dan membaca.
Mei Mei
Mei Mei adalah yang comel, sopan, rajin, dan waras sekali pemikirannya di kalangan kawan-kawan Upin dan Ipin. Dalam musim pertama Upin & Ipin, sungguhpun berketurunan Cina dan bukan beragama Islam, Mei Mei sempat mengingatkan Upin dan Ipin agar tidak membangkitkan kemurkaan Tuhan mereka dengan puasa.
Devi
Devi ialah kanak-kanak perempuan berbangsa India yang sama tadika dengan Upin dan Ipin. Walaupun tidak rapat dengan mereka berdua, namun Devi berkawan karib dengan Mei Mei.
Susanti
Susanti ialah kanak-kanak perempuan yang dilahirkan dalam sebuah keluarga berada yang berasal dari Jakarta, Indonesia. Pertama kali dilihat di episod Berpuasa Bersama Kawan Baru. Ketika beraya di Kampung Durian Runtuh, Susanti dapat berhubung dengan keluarganya.Tetapi sekarang telah muncul sebagai watak kekal dan hanya sesetengah episod aja Susanti muncul.
 
 

1 komentar: