Sabtu, 18 Juni 2016

Peran Warga Kampung durian di Upin & Ipin


Oke,,,,,bersama lagi kita dalam bercerita tentang Film Upin dan Ipin. Kita masi membahas peran nya. Masi seru kan mengikuti Cerita tentang Upin dan Ipin. Berikutnya adalah yang berperan di dalam Film Upin dan Ipin di Sekolahnya dan Di Desanya. Ada pun yang berperan di Sekolah Tadika Mesra dan adapun yang berperan di Desa Durian Runtuh adalah Sebagai Berikut :
Cikgu Sekolah Tadika Mesra
Cikgu Jasmin

Cikgu Jasmin ialah guru kelas Upin dan Ipin dan kawan-kawan di tadika, sehingga episod "Terima Kasih Cikgu" di musim keenam apabila dia terpaksa balik ke Kuala Lumpur untuk sambung belajar di Universiti.
 
Cikgu Melati
Cikgu yang menggantikan Cikgu Jasmin dan sempat mengajar murid murid menggunakan Tablet sekolah.
Cikgu Besar
Guru besar Tadika Mesra walaupun garang, tetapi prihatin dengan murid-murid tadika. Kemunculan pertamanya dalam episod musim kelima, "Garang ke Sayang".
Cikgu Tiger(Abang Tiger)
Cikgu yang mengajar kelas Aman. Dia dapat menggendong 3 orang murid menggunakan 1 tangan karena dia rajin Ohlaraga 

Para penduduk Kampung Durian Runtuh yang lain
Tok Dalang
Senin bin Khamis, atau lebih dikenali sebagai Tok Dalang ialah ketua penghulu Kampung Durian Runtuh dan pakar wayang kulit yang berkali-kali menjuarai pertandingan wayang kulit (seperti yang dilihat pada himpunan piala di rumahnya). Seperti Opah, Tok Dalang banyak meminta pertolongan Upin, Ipin dan kawan-kawan, di samping memberi nasihat kepada mereka. Tok Dalang ada beberapa batang pokok rambutan untuk dijual buahnya, dan seekor ayam jantan peliharaan bernama Rembo. Ahli keluarga Tok Dalang yang dikenali termasuk Tajol yang berumah tangga di bandar, dan dari Tajol ini lahirlah cucu Tok Dalang iaitu Badrol (seorang watak utama Geng Upin dan Ipin
Muthu
Muthu disapa sebagai Uncle Muthu oleh muda-mudi di kampung, ialah seorang pegerai makanan Kampung Durian Runtuh dan bapa kepada Rajoo. Antara makanan dan minuman yang dihidangkan di gerainya ialah nasi dagang, nasi goreng, nasi ayam, teh tarik, Milo dan sebagainya; dalam erti kata lain tidak banyak bezanya gerai Muthu dengan gerai mamak yang dijumpai di bandar.
Rajoo
Rajoo ialah anak lelaki kepada Muthu seorang kawan karib Upin dan Ipin yang lima tahun lebih tua berbanding adik-beradik kembar itu oleh itu seolah-olah menjadi abang kepada mereka. Dalam filem Geng, Rajoo dikenali kerana memiliki kebolehan istimewa iaitu berkomunikasi dengan haiwan, apatah lagi menjadi penterjemah untuk Oopet. Rajoo membela seekor lembu jantan bernama Sapy yang juga dijadikan alat pengangkutan peribadinya.
Abang Salleh
Salleh atau Sally terkenal sebagai perempuan lembut yang lantang dan sinis. Dalam siri TV Upin & Ipin, dia dilihat bertukar pekerjaan, baik sebagai pustakawan dalam perpustakaan bergerak (dalam episod "Seronoknya Membaca") mahupun peniaga Internet 
(dalam "Jari Jemari Salleh"). Dalam filem Geng, Salleh bersekongkol dengan watak jahat Pak Mail dan Singh untuk menculik makhluk pelik (ibu Oopet) demi keuntungan 
Ah Tong Seorang pedagang yang berpakaian serba merah dan bercakap dengan pelat Cina yang kuat. Dalam siri TV Upin & Ipin, dia dilihat dalam episod Ambil Galah Tolong Tunjukkan di mana dia membeli rambutan dari Upin, Ipin dan kawan-kawannya.
Azzarudin
Azzarudin ialah bapa kepada Ehsan. Kali pertama dia dilihat adalah di episod Juara Kampung (bhg 1), di mana dia bermain badminton bersama Ehsan. Dia juga dapat dilihat sekilas dan suaranya terdengar dalam episod Zakat Fitrah.

Ustaz Hamzah
Ustaz Hamzah merupakan pengajar mengaji al-Qur'an yang diperkenalkan dalam episod musim keenam, "Iqra'".
Abang Roy
Abang Roy merupakan orang yang memiliki wau pemalas karena corak pun tak de, tak patut masuk langsung dan Abang Roy merupakan orang terlihat yang membakar sampah.

  

Tidak ada komentar:

Posting Komentar